
![]()
Untuk berita-berita terkini sila layari laman
dan
Jabatan
Bandaran Bandar Seri Begawan.
PELANCARAN PROJEK PENGHIJAUAN DAN KEBERSIHAN BANDAR SERI BEGAWAN BAGI KAWASAN MENGLAIT UTARA DAN KAWASAN PENGKALAN GADONG SELATAN
04 Februari 2012.
Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri hadir selaku Tetamu Kehormat bagi Pelancaran Projek Penghijauan dan Kebersihan Bandar Seri Begawan bagi Kawasan Menglait Utara dan Kawasan Pengkalan Gadong Selatan.
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan dengan kerjasama pihak-pihak berkepentingan yang lain adalah komited untuk menjadikan ibu negara hijau dan bersih secara berterusan ke arah mencapai kualiti kehidupan yang tinggi. Projek ini adalah bagi mendokong Wawasan Brunei 2035 dan Matlamat Perancangan Strategik, Strategi dan Pelan Tindakan Jangka Pendek, Sederhana dan Panjang Bagi Memajukan Kawasan Perbandaran Bandar Seri Begawan iaitu untuk menjadikan Bandar Seri Begawan sebagai sebuah Bandar dalam Taman dan mempunyai alam sekitar yang bersih dan bebas dari pencemaran.
Kesinambungan kepada Pelancaran Program Penghijauan dan Kebersihan Bandar Seri Begawan yang dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 27 November 2011 yang lalu, projek ini adalah petanda yang baik bagi kemajuan Bandar Seri Begawan. Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dalam ucapan Yang Berhormat di hari pelancaran tersebut, telah menyatakan kegembiraan apabila difahamkan bahawa Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan dengan kerjasama agensi-agensi lain akan secara berterusan mengadakan Projek Penghijauan dan Kebersihan Bandar Seri Begawan secara bulanan atau sekurang-kurangnya dua bulan sekali dilaratkan ke kawasan lain dan melibatkan penyertaan komuniti setempat.
Projek tersebut juga disertai oleh Ahli-ahli Mesyuarat Negara, Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap – Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan Kerajaan, Pegawai dan Kakitangan beberapa buah agensi Kerajaan, pengurus-pengurus syarikat swasta dan peniaga-peniaga di kawasan perbandaran Bandar Seri Begawan, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Pengetua-pengetua, guru-guru besar, guru-guru dan juga penuntut-penuntut sekolah.
Tetamu Kehormat beserta para jemputan, pemilik-pemilik bangunan dan orang ramai sama-sama mengambil bahagian menanam pokok-pokok dan bunga-bunga di (8) lapan lokasi berasingan yang telah ditetapkan seperti berikut:-
ZONE A
Lokasi 1 - Padang Kompleks Sukan Menglait
Lokasi 2 - Kawasan Pelancaran Bersebelahan Stesyen Minyak Menglait
Lokasi 3 - Kompleks Sukan Menglait (Kawasan Luar Pagar Kompleks)
Lokasi 4 - Di luar pagar berhadapan Bangunan Sekolah Menengah Menglait
Lokasi 5 - Sekitar Kawasan Kompleks Peniagaan Menglait
ZONE B
Lokasi 6 - Kawasan Liang Toon
Lokasi 7 - Grand City Hotel (Final)
Lokasi 8 - Batu Besurat
Program Penghijauan dan Kebersihan Bandar Seri Begawan ini akan terus dipertingkatkan dari masa ke masa dan sebagai sebahagian dari persiapan Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah bagi ASEAN Summit yang akan diadakan tahun depan.
Kerjasama dan rasa tanggungjawab semua pihak yang berkenaan termasuk pemilik-pemilik bangunan, peniaga-peniaga dan penyewa-penyewa di kawasan komersial adalah sangat diharapkan dalam sama-sama memelihara keindahan serta kebersihan alam sekitar secara berterusan. Kerjasama dan rasa tanggungjawab tersebut boleh menjadikan keseluruhan kawasan Bandar Seri Begawan bersih, indah, selesa dan selamat serta jauh dari pencemaran alam sekitar seperti berikut:-
Tanah kosong tidak terbiar;
Tanah kosong tidak dibuangi sampah-sarap;
Kawasan bangunan komersial bersih dari sampah-sarap;
Longkang awam tidak dibuangi sisa-sisa minyak dari bengkel dan restoran;
Pagar kawasan tidak ditumbuhi rumput-rumpai dan tumbuhan liar;
Bangunan tidak ditumbuhi tumbuhan liar;
Longkang tidak berbau busuk tersumbat atau ditumbuhi rumput;
Kawasan bangunan komersial tidak ditumbuhi rumput panjang;
Lanskap dipelihara;
Bangunan tidak terbiar;
Tandas tidak kotor dan tetap terpelihara; dan
Kereta tidak terbiar di kawasan bangunan komersial.
Setiap permohonan untuk memajukan tanah akan dikehendaki untuk menghadapkan lukisan dan rekabentuk lanskap secara terperinci bagi kawasan yang akan dimajukan oleh arkitek lanskap. Ini adalah bagi memastikan setiap pemilik bangunan akan mengambil berat akan kepentingan mewujudkan landskap di kawasan masing-masing sebagai menunjukkan sikap, komitmen dan cinta terhadap kebersihan dan keindahan. Selain itu, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan akan terus memantau pemeliharaan dan pengindahan lanskap yang diusahakan pihak-pihak yang berkenaan.
Dengan Program Penghijauan dan Kebersihan Bandar Seri Begawan ini berjalan secara terus menerus, maka adalah diharapkan pemilik-pemilik bangunan dan peniaga-peniaga di semua kawasan komersial juga akan secara berterusan memelihara keindahan serta kebersihan alam persekitaran. Inisiatif pemilik bangunan untuk membersih dan mengindahkan bangunan dan kawasan mereka adalah satu tindakan yang tepat dan harus diteruskan dan ditingkatkan dari masa ke masa. Sistem saliran dan longkang juga perlu dipastikan keberkesanannya oleh semua pihak bagi mengelak bencana banjir dan sebagainya. Program ini akan dilaratkan ke kawasan-kawasan lain di dalam kawasan perbandaran Bandar Seri Begawan. Program ini juga diharap akan dapat mengembangmajukan lagi industri lanskap dan seterusnya dapat menarik minat orang ramai untuk menghargai keindahan dan kepentingan lanskap di negara ini ke arah menggapai visi bandar dalam taman.
![]()
Borang penyertaan beserta gambar dan CD
hendaklah diserahkan kepada:-
Urusetia Pertandingan Fotografi
'Bandar Seri Begawan in Pictorial
Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan
Borang Pertandingan Fotografi "Bandar Seri Begawan in Pictorial untuk dimuat turun:-
![]()
Tidak lewat pada 21 November 2011, jam 4.00 petang.
Borang Pertandingan Reka Bentuk Lakaran Lanskap dan contoh Rujukan Program Penghijauan dan Kebersihan JBBSB untuk dimuat turun:-
Untuk lebih banyak pilihan sila
layari
Jabatan Bandaran Bandar Seri
Begawan
![]()
NOTIS SENARAI NILAIAN 2011
Bagi melaksanakan kuasa yang diperuntukkan dibawah Bab 12 Akta Lembaga-Lembaga Bandaran penggal 57, Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan dengan ini memberi notis bahawa Senarai Nilaian bagi hartanah yang terletak dalam kawasan Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan telah disediakan sepertimana diperuntukkan dibawah Bab 18 Akta Lembaga-Lembaga Bandaran penggal 57. Senarai Nilaian ini bolehlah disemak di Unit Penaksiran dan Cukai Bangunan, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan pada tiap-tiap hari bekerja bermula dari tarikh 10hb Ogos hingga 31hb Ogos 2011.
2. Sesiapa juga yang mempunyai kepentingan iaitu samada sebagai pemilik, penghuni sesuatu pegangan didalam senarai itu atau ejen bagi mana-mana orang itu, boleh membuat salinan daripada semakan yang dibuat terhadap Senarai Nilaian dengan tanpa bayaran.
3. Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan juga akan melaksanakan proses penilaian semula Senarai Nilaian tersebut pada 1hb September 2011.
4. Oleh yang demikian, dibawah Bab 22 Akta Lembaga-Lembaga Bandaran penggal 57, seseorang yang terkilan dengan Senarai Nilaian tersebut atau mana-mana daripada alasan berikut:
(a) Bahawa sesuatu pegangan yang baginya dikenakan cukai adalah dinilai lebih daripada nilainya yang boleh dikenakan cukai;
(b) Bahawa sesuatu pegangan yang dinilai adalah pegangan yang tidak boleh dikenakan cukai;
(c) Bahawa sesuatu pegangan adalah dinilai kurang daripada nilainya yang boleh dikenakan cukai, atau
(d) Bahawa sesuatu pegangan atau pegangan-pegangan yang telah dinilai secara bersesama atau berasingan sepatutnya dinilai secara lain;
boleh membuat bantahan secara bertulis kepada Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan pada bila-bila masa tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum 1 hb September 2011 atau selewat-lewatnya pada 24hb Ogos 2011.
5. Senarai pegangan-pegangan yang termasuk dalam Senarai Nilaian tersebut adalah sepertimana tersenarai di Lampiran A:
Bertarikh pada 10 hb Ogos 2011.
![]()
Tidak lewat pada 24 September 2011, jam 3.00 petang.
Borang Cabaran Lensa 2011 untuk dimuat turun:-
![]()
Lawatan Kerja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
Isnin, 27 Jun 2011 Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Depot Bandaran Belimbing Subok, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan. Lawatan Kerja Kebawah Duli ini bagi membuat lawatan ke bangunan tersebut. Ianya telah dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri berserta dengan Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan.
Sejurus itu selepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negera Brunei Darussalam sesi bergambar ramai bersama Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri berserta dengan Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan.
![]()
Waterfront
11 Jun 2011
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mei -
Waterfront yang menjadi mercu tanda baru Negara Brunei Darussalam telah dirasmikan dalam suasana penuh gemilang dan berwarna warni. Berkenan berangkat untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Waterfront, Bandar Seri Begawan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman. Berangkat sama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik.Keberangkatan Pengiran Muda Mahkota dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dalam sembah alu-aluannya menyembahkan bahawa sesungguhnya keberangkatan Pengiran Muda Mahkota ini akan menjadi ristaan baik dalam lipatan sejarah perkembangan dan kemajuan Waterfront Bandar Seri Begawan ini di masa hadapan.
Yang Berhormat Pehin seterusnya menyembahkan bahawa tapak Waterfront seluas 1.8 hektar itu pada asalnya adalah Dermaga Kastam dan Eksais Diraja yang mempunyai sejarahnya tersendiri sebagai pelabuhan serta pintu masuk penumpang-penumpang dan barangan import melalui laut.
Dermaga yang kini menjadi Waterfront itu dijangka akan melakar sejarahnya yang baru sebagai tempat kunjungan ramai bagi kegiatan sosio-ekonomi.
Lokasinya yang strategik berhadapan dengan Kampong Ayer memberinya potensi menjadi destinasi pelancongan dari dalam dan luar negeri.
"Waterfront dengan kemudahan-kemudahannya merupakan 'social support' kepada rakyat untuk mencapai kehidupan yang bermutu selaras dengan Wawasan Brunei 2035 dalam aspek 'universal access to essential public facilities.' Kerana itu, semua agensi Kerajaan, swasta dan organisasi bukan kerajaan digalakkan untuk menggunakan Waterfront ini untuk kegiatan-kegiatan yang wajar dalam kontak masyarakat yang dinamik namun tetap kukuh beragama dan beradat," tambah Yang Berhormat Menteri.
Pengiran Muda Mahkota kemudian dijunjung untuk menyempurnakan perasmian Waterfront Bandar Seri Begawan dan berkenan menandatangani plak Waterfront Bandar Seri Begawan.
Pada majlis berkenaan, Pengiran Muda Mahkota seterusnya disembahkan dengan beberapa acara iaitu persembahan bunga api, perarakan pertunjukan di air dan persembahan kebudayaan.
Sebanyak 18 pasukan menyertainya terdiri daripada mukim-mukim di Kampong Ayer, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Jabatan Bandaran serta syarikat-syarikat swasta dan korporat seperti BSP.
Pertunjukan Perarakan Di Air itu menjadi lebih menarik dengan penyertaan 30 buah perahu tambang, serta persembahan-persembahan muzik seperti persembahan gambus dan serunai di atas kapal.
Pengiran Muda Mahkota dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri juga dijunjung bagi menyaksikan 'Pameran Perkembangan Bandar Seri Begawan' yang antara lain mempamerkan perkembangan Bandar Seri Begawan.
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan sentiasa memberi perhatian kepada keperluan rakyat dan penduduk di kawasan Bandar Seri Begawan bagi menikmati kualiti kehidupan yang tinggi dan persekitaran serta suasana sekeliling yang teratur, indah dan bersih.
Sebagai ibu negara yang penuh berkepentingan termasuk dari segi statusnya sebagai pusat pentadbiran negara, sejarah, budaya, warisan, seni bina dan perniagaan dan pelancongan, pembinaan Waterfront ini mencerminkan kemajuan Bandar Seri Begawan yang moden dan dinamik serta menjadikan mercu tanda baru yang menambah nilai kepada status Bandar Seri Begawan.
Agensi-agensi kerajaan termasuk Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan sentiasa berusaha untuk menyediakan prasarana dan kemudahan awam secara berperancangan seperti waterfront, taman-taman, dataran-dataran, kawasan pancuran air, tempat berjalan kaki dan sebagainya semata-mata untuk digunakan dan dinikmati oleh rakyat dan penduduk negara ini.
Dengan terbinanya waterfront ini setentunya memberikan nilai sosial dari segi meningkatkan lagi keindahan dataran tebing Sungai Brunei di kawasan pusat bandar, menjadikan alam sekitar yang bersih dan teratur dan juga dari segi peningkatan dan perkembangan perniagaan setempat di kawasan tersebut.
Adalah diharapkan nilai-nilai sosial ini akan dapat digarap dan dihargai oleh rakyat dan penduduk di negara ini dalam menanai hidup bermasyarakat dan bernegara yang harmoni, bersatu padu dan sejahtera dengan mengambil kira penghayatan kepada nilai-nilai agama dan keBruneian yang luhur.
![]()
Jerayawara Brunei International Tatoo (BIT 2011)
11 Jun 2011
Jerayawara Brunei International Tatoo telah diadakan pada 29 Mei 2011, bertempat di Jalan McArthur, Bandar Seri Begawan. Dikelolakan oleh Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bersama Jabatan Daerah Brunei dan Muara dan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Jerayawara ini bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Persembahan pada masa itu terdiri daripada 5 buah pasukan iaitu Negara Brunei Darussalam, Malaysia, Indonesia, Pakistan dan Oman.
![]()
SIARAN AKBAR
25 MEI 2011
PENYEWAAN GERAI PASARIA SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN KE 65 KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Jawatankuasa Gerai Pasar Ria Sempena Sambutan Ulangtahun Ke 65 Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memaklumkan bahawa borang-borang bagi menyewa gerai-gerai pasaria akan dibukakan bagi penyertaan orang ramai khususnya kepada Rakyat dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam yang akan diadakan bermula 15hb. Julai 2011 hingga 31hb. Julai 2011 bertempat di kawasan Lapang Letak Kereta Jalan Bendahara berhadapan dengan Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja Bandar Seri Begawan.
1. Borang-borang bagi menyewa gerai-gerai pasaria adalah bagi kategori jualan seperti berikut;
|
Jenis Kategori |
Jenis Jualan |
Jumlah Gerai |
Tarikh dan Tempat Pengeluaran Borang dan Mengambalikan Borang |
|
Kategori ‘A’ |
Gerai Makan dan Minum |
13 buah |
Borang bagi menyewa Gerai Makan dan Minum akan dibukakan secara tawaran (tender) dan tarikh bermula pengeluaran borang tawaran ialah pada 25 Mei 2011 (Rabu) dan borang yang telah diisikan hendaklah dikembalikan ke Tingkat 2, Unit Perlesenan, Bangunan Jabatan Bandaran, Jalan Kumbang Pasang Bandar Seri Begawan tidak lewat jam 3 petang pada 06 Jun 2011 (Isnin). |
|
Jenis Kategori |
Jenis Jualan |
Jumlah Gerai |
Tarikh dan Tempat Pengeluaran Borang dan Mengambalikan Borang |
|
Kategori ‘B’ |
Gerai Runcit (bagi jualan barang-barang pakaian, perhiasan rumah, permainan kanak-kanak dan seumpamanya) |
95 buah |
Pengeluaran borang bagi menyewa Gerai jualan Runcit akan mula dibukakan pada 25 Mei 2011 (Rabu) dan borang yang telah diisikan hendaklah dimasukkan ke dalam peti undian di Tingkat 2, Unit Perlesenan, Bangunan Jabatan Bandaran, Jalan Kumbang Pasang Bandar Seri Begawan tidak lewat jam 3 petang pada 04 Jun 2011 (Sabtu). |
|
Kategori ‘C’ |
Gerai Takeaway (bagi jualan makanan dan minuman) |
32 buah |
Pengeluaran borang bagi menyewa Gerai jualan Takeaway akan dibukakan pada 25 Mei 2011 (Rabu) dan borang yang telah diisikan hendaklah dimasukkan ke dalam peti undian di Tingkat 2, Unit Perlesenan, Bangunan Jabatan Bandaran, Jalan Kumbang Pasang Bandar Seri Begawan tidak lewat jam 3 petang pada 04 Jun 2011 (Sabtu). |
|
Jenis Kategori |
Jenis Jualan |
Jumlah Gerai |
Tarikh dan Tempat Pengeluaran Borang dan Mengambalikan Borang |
|
Kategori ‘D’ |
Gerai Buah-Buahan (bagi jualan buah-buahan sahaja) |
12 buah |
Pengeluaran borang bagi menyewa Gerai jualan Buah-Buahan akan dibukakan pada 25 Mei 2011 (Rabu) dan borang yang telah diisikan hendaklah dimasukkan ke dalam peti undian di Tingkat 2, Unit Perlesenan, Bangunan Jabatan Bandaran, Jalan Kumbang Pasang Bandar Seri Begawan tidak lewat jam 3 petang pada 04 Jun 2011 (Sabtu). |
Semua borang bagi menyewa herai jualan bagi kategori B, C dan D akan diundi dihadapan orang ramai pada 05 Jun 2011 (Ahad) bermula jam 9 pagi bertempat di Tingkat Bawah, Bangunan Jabatan Bandaran, Jalan Kumbang Pasang, Bandar Seri Begawan.
Orang ramai yang ingin mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut mengenai pengeluaran borang dan penyewaan gerai pasaria bolehlah menghubungi Urusetia Pengeluaran dan Penerimaan Permit Gerai Pasaria di Tingkat 2, Unit Perlesenan, Bangunan Jabatan Bandaran, Jalan Kumbang Pasang, Bandar Seri Begawan ditalian 2232424/2232426 ext 131 atau melalui facebook Jabatan Bandaran di alamat Jabatan Bandaran BSB atau melayari website jabatan ini di www.bandaran-bsb.gov.bn.
Jawatankuasa Kerja Gerai Pasaria juga memaklumkan bahawa makluman pengeluaran borang kepada orang ramai bagi menyewa gerai pasaria juga disiarkan melalui Radio dan Televisyen Brunei bagi siaran Berita dan maklumat semasa.
![]()
oleh Kartini binti Haji Yakub

JERUDONG, 16 April - Inisiatif pembaikan memudahcara memulakan perniagaan ini adalah sebahagian daripada tema matlamat strategik jangka panjang Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri iaitu “Meningkatkan Perkhidmatan kepada Orang Ramai”. Inisiatif ini juga sekali gus mendokong salah satu strategi nasional iaitu Strategi Pembangunan Institusi bagi mencapai Wawasan Brunei 2035 yang di antara lain adalah meningkatkan efisien prosedur-prosedur kerajaan dengan birokrasi yang minimum.
Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang
Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal
Ehwal Dalam Negeri berkata demikian di Majlis Pelancaran Tatacara Baru Bagi
Memudahcara Memulakan Perniagaan bertempat di Indera Kayangan Ballroom, The
Empire Hotel & Country Club.
Yang Berhormat Menteri berkata ini adalah satu lagi inisiatif memudahcara
perkhidmatan yang berkaitan dengan memulakan perniagaan. Inisiatif
peningkatan perkhidmatan ini adalah juga pada menyahut titah Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam yang berkaitan dengan Memudahkan Perniagaan (Ease of Doing
Business) semasa Majlis Pembukaan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara (MMN)
pada hari Selasa, 27 Rabiulawal 1432 bersamaan 1 Mac 2011.
Penambahbaikan ke atas tiga (3) komponen perkhidmatan dalam rangkaian
perkhidmatan di bawah inisiatif Memudahcara Memulakan Perniagaan (Starting a
Business) ini iaitu bagi Meluluskan Occupation Permit / Certificate of
Fitness, Lesen Perniagaan Baru / Membaharui Lesen Perniagaan, dan Papan
Tanda Perniagaan akan setentunya akan dapat memberikan manfaat kepada orang
ramai dari segi penjimatan kos memulakan perniagaan.
Adalah menjadi harapan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan peningkatan
perkhidmatan-perkhidmatan tersebut ianya juga sekali gus dapat meningkatkan
kedudukan indeks Negara Brunei Darussalam bagi Memulakan Perniagaan yang
merupakan salah satu komponen di bawah “World Bank Ease of Doing Business
Index” di mana bagi Memulakan Perniagaan kedudukan Negara Brunei Darussalam
adalah di tangga 133 dari 183 ekonomi bagi tahun 2011 berbanding dengan 152
bagi tahun 2010.
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri akan sentiasa berusaha untuk
mempertingkatan perkhidmatan berkaitan dengan memulakan perniagaan. Pada
masa ini projek flagship “Business Licensing System” yang sedang
diungkayahkan bersama dengan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber
Utama. Insya Allah apabila projek berkenaan itu siap dan dimanfaatkan
sepenuhnya ia akan lebih memudahkan urusan pihak-pihak kerajaan dan kalangan
perniagaan.
Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan
Doa Selamat.
Di antara yang hadir ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar
Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof,
Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap,
Timbalan Setiausaha Tetap-Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-pegawai dan
Pemangku Pegawai-pegawai Daerah, Pengerusi Lembaga-Lembaga Bandaran,
Ketua-Ketua Jabatan, Ahli-Ahli Lembaga-Lembaga Bandaran, Pegawai-Pegawai
Kanan Kerajaan dan pihak swasta.
Untuk menceriakan lagi majis pada pagi ini, satu persembahan drama sketsa
bertajuk “Proses Tiga Serentak: Mudah, Cepat dan Kemaskini” telah
dipersembahkan oleh warga Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan yang mana
antara synopsisnya adalah mengenai urusan-urusan yang berhubungkait dengan
permohonan-permohonan yang dibuat oleh pelanggan sebelum memulakan sesuatu
perniagaan. Melalui sketsa ini, ia menyampaikan mesej-mesej berikut:
i. Tiga (3) jenis permohonan yang boleh dipohonkan secara serentak.
ii. Tiga (3) jenis permohonan diproses oleh satu kaunter.
iii. Peningkatan Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) melalui pengurangan
tempoh penyampaian perkhidmatan.
iv. Syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi setiap permohonan dan
v. Permakluman kelulusan permohonan melalui perkhidmatan teks pesanan
ringkas (SMS).
Pameran yang disertai oleh semua Jabatan Daerah dan Jabatan Bandaran,
Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan Authoriti Kawalan
Bangunan dan Industri Pembinaan, dan Kementerian Pembangunan yang berkaitan
dengan proses dan Tekad Pemedulian Orang Ramai juga turut dipamerkan.
![]()
Majlis Ramah Mesra
Keluarga Jabatan Bandaran BSB27 Disember 2010
Majlis ramah mesra keluarga Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan akan diadakan di Kawasan Letak Kereta Jabatan Bandaran BSB Jalan Kumbang Pasang pada hari Sabtu 8hb Januari 2011 pada pukul 7.15 malam.
![]()
Dennis Koh johan golf Jabatan Bandaran
29 November 2010
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad -
Awang Dennis Koh muncul juara di Kejohanan Golf sempena penukaran Bandar Brunei menjadi Bandar Seri Begawan kali yang ke-40 Tahun anjuran Jabatan Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan.Manakala di tempat kedua jatuh kepada On Sie Lu dan di tempat ketiga disandang oleh Rijal Haji Kassim, kejohan berlangsung pagi tadi di Kelab Gulf Penerbangan Diraja Brunei (RBAGC) Berakas.
Kejohanan di bahagikan kepada 5 bahagian iaitu Bahagian A, B, C, Senior dan Vip & Penaja.
Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah kepada pemenang - pemenang di kejohanan itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato Paduka Awang Sa Bali Abas.
![]()
Isham terpantas tangkap ikan
Oleh Rafidah Jumat

Salah seorang pemenang menerima hadiah.
Cabaran joran 2010 di perairan sungai Brunei berhadapan dengan Tugu Peringatan 60 tahun di Jalan Mc Arthur adalah bersempena dengan sambutan penukaran nama Brunei menjadi Bandar Seri Begawan yang ke-40 tahun.
Dalam kategori sukatan panjang pula, Sudirman Haji Samat menduduki tempat pertama dengan memperoleh ikan jenis tingkor-tingkor yang berukuran 67 sentimeter, tempat kedua disandang oleh Sudirman Haji Mohamad yang memperoleh ikan jenis sembilang yang berukuran 48 sentimeter manakala ikan, juga jenis sembilang dengan ukuran 35.2 sentimeter telah diperoleh oleh pemenang ketiga, Mohamad Radi.
Kategori timbang berat banyak pula menyaksikan kumpulan IMM menjuarai kategori ini dengan tangkapan kesemua ikan seberat 1,880 gram manakala kumpulan Tudak pula menduduki tempat kedua (1,510 gram) dan kumpulan RSS di tempat ketiga (1,230 gram).
Bagi kategori timbang seekor ikan pula, Zaini Jahad mendapat tempat pertama yang memperoleh ikan jenis Saphee dengan berat 1,100 gram diikuti Mohd Hasman Hashim di tempat kedua dengan ikan sembilang seberat 0.980 gram dan ketiga, Awangku Norazaimi Pengiran Omar dengan tangkapan ikan jenis ungah seberat 0.440 gram.
Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang joran ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato Paduka Awang Sa bali Abas.
![]()
CABARAN JORAN 2010
03 November 2010
Pendaftaran Cabaran Joran 2010 akan dilanjutkan sehingga 13 November 2010 dan dipertimbangkan sehingga awal pagi 21 November 2010 tertakluk pada keadaan kuota penyertaan.
Borang tersebut boleh didapati dari:-Borang Cabaran Joran 2010 untuk dimuat turun:-
![]()
MEMPERINGATI PENUKARAN IBU NEGARA MENJADI BANDAR SERI BEGAWAN
Oleh: Dk. Vivy Malezza Pg Ibrahim (Pelita Brunei)

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin
Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin
menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang Peraduan Menulis Esei
Sempena Sambutan Penukaran Nama Bandar Brunei Menjadi Bandar Seri
Begawan Ke-40 Tahun.
(Foto : Ampuan Hj. Mahmud Ampuan Hj. Tengah)
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 17 Oktober. - Ibu negara Bandar Seri Begawan (BSB) dikenali sejak 4 Oktober 1970 setelah ditukar namanya dari Bandar Brunei.
Penukaran nama ibu negara itu adalah bagi mengenang jasa Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien yang juga dikenali sebagai Arkitek Brunei Moden.
Sempena memperingati peristiwa tersebut, pagi tadi Jabatan Bandaran, BSB mengadakan acara senamrobik, peraduan menulis esei dan cabaran lensa 2010 serta penyampaian rekaan 'Payless' berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di sini.

SENAMROBIK sempena Sambutan Penukaran Nama Bandar Brunei menjadi Bandar Seri Begawan Ke-40 Tahun turut disertai oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Bandaran BSB dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. (Foto : Ampuan Hj. Mahmud Ampuan Hj. Tengah)
Hadir bagi sama-sama memeriahkan acara itu Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman selaku tetamu kehormat.
Juga hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Bandaran BSB dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang Cabaran Lensa 2010. (Foto : Ampuan Hj. Mahmud Ampuan Hj. Tengah
Acara bermula dengan senamrobik selama 30 minit disusuli dengan majlis penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang peraduan menulis esei dan cabaran lensa 2010 disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Atur cara kemudian diteruskan dengan penyampaian rekaan 'Payless' dari wakil Pengarah Pengurusan TelBru kepada Pengerusi Lembaga Bandaran, BSB, Pengiran Haji Mohammad Ali bin Pengiran Haji Othman.
Pada majlis itu, tetamu kehormat juga menyaksikan pameran peraduan menulis esei, cabaran lensa 2010 serta produk-produk tempatan dan melawat 'booth' jualan.
CABARAN LENSA 2010