The Government of Brunei Darussalam


 

Pentadbiran

Jabatan Bandaran

Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, sebagai sebuah agensi Kerajaan, adalah dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam. Jabatan Bandaran berfungsi sebagai pejabat Lembaga khusus bagi menyelaraskan dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab (mandat) Lembaga, terutama sekali yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran routin kawasan perbandaran Bandar Seri Begawan. Perkhidmatan-perkhidmatan routin yang diberikan oleh beberapa bahagian atau unit dalam struktur Jabatan Bandaran adalah dihasratkan bagi mewujudkan kualiti kehidupan selesa buat warga dan pengunjung Bandar Seri Begawan.

Sebagai sebuah Jabatan yang bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan disusun dalam bentuk struktur yang boleh membantu ke arah mewujudkan sistem pengurusan dan pentadbiran yang baik dan effisyen. Tugas dan tanggungjawab yang amat mencabar itu diagih-agihkan kepada 17 ( tujuh belas ) unit dalam 8 ( lapan ) bahagian dalam Jabatan, sepertimana yang dikenalpasti berikut:

i) Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

  • Bertanggungjawab dalam hal pentadbiran dan kakitangan.

  • Hal-hal yang berkaitan dengan pembayaran gaji, elaun, pinjaman, kutipan hasil, dan sebagainya.

  • Penyediaan rang peruntukan perbelanjaan tahunan dan memantau perbelanjaan.

  • Mengurus perbekalan peralatan pejabat, perabot pejabat, alat-alat tulis, dan lain-lain.

  • Pengurusan Rumah Persinggahan Kerajaan dan Keselamatan.

 

          ii) Direktorat

a) Unit Penyelidikan, Perkembangan dan Perhubungan Awam

  • Membuat kerja-kerja penyelidikan dan perkembangan sistem-sistem dan prosedur-prosedur Jabatan.

  • Menyampaikan kepada umum maklumat-maklumat mengenai undang-undang, peraturan-peraturan dan perkhidmatan-perkhidmatan Jabatan melalui saluran-saluran penyampai maklumat terkini seperti rangkaian internet, media massa, brosur-brosur dan sebagainya.

b) Unit Pengautkuasa

  • Membantu bahagian-bahagian lain dalam sama-sama memantau sebarang pelanggaran undang-undang atau perturan-peraturan yang berkauatkuasa.

  • Membantu bahagian-bahagian lain dalam mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas kedalahan atau pelanggaran undang-undang atau peraturan-peraturan.

c) Unit Audit Dalaman

  • Membantu bagi memantau perjalanan pengurusan dan pengendalian hal ehwal perbelanjaan dan pengutipan hasil.

iii) Bahagian Kawalan Kemajuan Bangunan

  • Bertindak selaku sekretariat kepada Jawatankuasa Kawalan Kemajuan Bangunan yang bertanggungjawab dalam mempastikan penerimaan dan pelaksanaan piawaian perancangan dan kemajuan yang konsisten dan munasabah bagi semua projek kerajaan dan pihak pribet.

  • Peraturan dan pengawalan bagi pemasangan papan tanda, "billboard", "sky-sign" dan seumpamanya.

  • Memantau dan menguatkuasa undang-undang.


iv) Bahagian Penaksiran dan Pencukaian Bangunan

  • Taksiran dan cukai bangunan

     

  • Menguatkuasa undang-undang


v) Bahagian Perlesenan

  • Bertindak selaku sekretariat kepada Jawatankuasa Melesen yang bertanggungjawab dalam mempastikan penerimaan dan pelaksanaan piawaian kesihatan dan keselamatan awam yang konsisten dan munasabah bagi semua premis perniagaan.

  • Memproses permohonan lesen perniagaab baru dan permohonan membaharui lesen perniagaan.

  • Memantau dan menguatkuasa undang-undang.


vi) Bahagian Pemeliharaan

  • Pemeliharaan kebersihan pejabat, kedai, pasar, dan gerai yang dikendalikan oleh jabatan.

  • Mengendalikan dan mengawasi kerja-kerja membersih dan memelihara tempat-tempat awam, kawasan perumahan kerajaan, jalan-jalan awam, longkang, tandas-tandas awam, dan tanah-tanah kerajaan dalam kawasan Lembaga Bandaran.

  • Memantau kerja-kerja kontraktor dalam memelihara kebersihan Pasar Gadong dan persekitarannya.


vii) Bahagian Perkhidmatan

  • Memberikan perkhidmatan bantu seperti pengangkutan, trak pengangkut sampah, dan perkhidmatan bengkel.

  • Mengendalikan dan mengawasi kerja-kerja pengutipan, pengangkutan dan pembuangan sampah.

  • Memantau kerja-kerja pengangkutan dan pembuangan sampah yang dilaksanakan oleh pihak swasta.

  • Memantau kerja-kerja kontraktor dalam mengendali operasi Tempat Pembuangan Sampah Sg Akar.



vii) Bahagian Letak Kereta

  • Mengurus dan mengendalikan kemudahan meletak kereta.

  • Memantau prestasi penender dalam mengendali pengurusan dan operasi kemudahan meletak kereta di Bangunan Letak Kereta Bertingkat dan di Bangunan Pusat Komersial dan Perdagangan Bumiputera.

  • Memantau dan menguatkuasa undang-undang.

   
 


|| Pengenalan | Struktur Organisasi | Prinsip | Pentadbiran | Wawasan | Maklumabalas ||

||
Halaman Utama | Kerajaan | Kementerian dan Jabatan | Mengenai Brunei | Berita On-line | Hubungan ||