The Government of Brunei Darussalam
 

 

Wawasan

Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan kini beroperasi dalam persekitaran yang amat dinamis dan kompleks. Beberapa faktor yang dikenalpasti banyak mempengaruhi persekitaran organisasi itu termasuklah perubahan teknologi yang cepat, cabaran-cabaran kemajuan, dan keperluan dan kehendak ( ekspektasi ) orang ramai yang kian bertambah. Sebelum terpinggir, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan perlulah siap siaga menghadapi cabaran sedemikian dan cabaran alap ke dua puluh satu dengan merangka dan mempraktikkan strategi-strategi yang pragmatik.

Menyedari akan hakikat ini, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan telah mula secara proaktif mengambil langkah-langkah yang konsisten dengan manifestonya yang dinyatakan dalam kenyataan misinya yang disebutkan sebelum ini. Usaha-usaha yang dinyatakan berikut - yang mana, sedang dan akan diambil oleh Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, merupakan satu manifestasi kesedaran di pihak jabatan.

  • Menerokai peluang kerjasama menurut konsep kopratisma dengan institusi dan tokoh perniagaan untuk memajukan tanah-tanah kerajaan yang belum dimajukan. Projek-projek seperti Bangunan Ibu Pejabat Takaful Bank Islam Brunei dan Bangunan Letak Kereta Bertingkat ( yang sedang dalam pembinaan ) dan Bangunan Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei yang bakal dibina adalah hasil rundingan menurut konsep kopratisma.

  • Menyewakan ruang-ruang tanah dan bangunan bagi kegunaan perniagaan yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua pihak ( penendar dan jabatan ) di bawah konsep "Build, Own and Operate" ( BOO ); "Build, Operate and Transfer"
    (
    BOT ); sewa-pajak; dan lain-lainnya. Billboard Papan Iklan Prismavision yang dibina sebelum bulan Ogos 1998 yang lalu adalah menurut kaedah BOO; sementara penyerahan pengurusan dan pengendalian kemudahan meletak kereta di dua bangunan, iaitu di Bangunan Letak Kereta Bertingkat dan di Bangunan Pusat Komersial dan Perdagangan Bumiputera kepada Metro Parking (B) Sdn Bhd sejak 1hb Jun 1998 dibuat mengikut kaedah sewa-pajak.

     

  • Menswastakan ( mengkontrakkan ) secara berperingkat-peringkat perkhidmatan-perkhidmatan yang berbentuk "operational". Setakat ini, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan telah mengkontrakkan pengendalian Tempat Pembuangan Sampah di Kampong Sungai Akar, kerja-kerja pemeliharaan lanskap di kawasan letak kereta berhadapanan dengan Istana Nurul Iman dan Hijau Baiduri, dan kerja-kerja pemeliharaan kebersihan bangunan Pasar Gadong dan persekitarannya.

  • Meningkatkan usaha mengutip hasil yang tertunggak seperti Cukai Bangunan, Sewa-Sewa dan lain-lain.

  • Taman Halia di Taman Rekreasi Tasik Lama.

  • Pasar Terbuka.

  • Penelitian semula dan mengemaskini mana-mana Akta atau Tatacara yang kurang sesuai menepati kehendak dan keadaan masakini. Sehubungan dengan ini, Jabatan sudah mengambil langkah-langkah berikut:

     

    1. Melaksanakan "Prosedur Komrehensif Bagi Mempercepatkan Tempoh Kebenaran Lesen" secara komited dengan memberi jaminan bahawa kelulusan bagi lesen baru dalam tempoh 30 ( tiga puloh ) hari bekerja dan kelulusan bagi pembaharuan lesen dalam 7 ( tujuh ) hari waktu bekerja bermula pada 01hb Mei 1997;

    2. Mempiagamkan proses menimbangkan "Permohonan-permohonan Bagi Mendapatkan Kebenaran Memasang Papantanda dan Kain Rentang" dengan memberi jaminan bahawa kelulusannya dikeluarkan dalam tempoh masa 7 ( tujuh ) hari waktu bekerja bermula pada 16hb Februari 1998;

    3. Mempiagamkan proses menimbangkan "Permohonan Rasmi ( Peringkat Kedua ) Bagi Mendapatkan Kebenaran Memajukan dan Menggunakan Tanah dan / atau Membina Bangunan atau Membuat Tambahan / Ubahsuai kepada Bangunan atau Meminda Lukisan Pelan yang Telah Diluluskan" dengan memberi jaminan bahawa kelulusannya dapat dikeluarkan dalam tempoh masa 14 ( empat belas ) hari waktu bekerja mulai 01hb April 1998.

    4. Melaksanakan penggunaan "Prosedur Komprehensif bagi Mengemukakan Sesuatu Permohonan Bagi Mendapatkan Pengesahan Lukisan Pelan Kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa Kawalan Kemajuan Bangunan Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan" ( yang dikenali sebagai "Permohonan Peringkat Pertama Bagi Mendapatkan Kebenaran Memajukan dan Menggunakan Tanah dan / atau Membina Bangunan atau Membuat Tambahan / Ubahsuai kepada Bangunan atau Meminda Lukisan Pelan yang Telah Diluluskan" ) pada 01hb April 1998.

       

  • Meluaskan kawasan perbandaran Bandar Seri Begawan.

  • Pasar Ikan di Ibu Negara.

  • Membina bangunan Galeria Bumiputera.

  • Pelan Induk untuk "Pelan Kemajuan Pusat Bandar Seri Begawan".

   
 


||
Pengenalan | Struktur Organisasi | Prinsip | Pentadbiran | Wawasan | Maklumabalas ||

||
Halaman Utama | Kerajaan | Kementerian dan Jabatan | Mengenai Brunei | Berita On-line | Hubungan ||