The Government of Brunei Darussalam
 

 

Prinsip
 

visi

Merialisasikan Bandar Seri Begawan sebuah Bandaraya maju standing dengan Bandaraya-Bandaraya di rantau Asia Pasifik sebelum tahun 2010’


Misi

Misi Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan adalah selaras dengan matalamat dan dasar Rancangan Kemajuan Ekonomi. Misi luas jabatan, dengan berorientasikan dinamisma dunia masakini dalam pelbagai segi, diadun dalam bentuk kenyataan seperti berikut:

 

‘Mentadbir dan mengurus perkembangan dan   kemajuan Bandar Seri Begawan’

 

 Matlamat dan Sasaran
 

Matlamat umum yang amat penting yang hendak dicapai oleh Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan selaras dengan misinya ialah : 

  •  Mempertingkatkan kulaiti kehidupan warga dan pengunjung bandar.

  • Menjadi pemangkin kepada kegiatan-kegiatan ekonomi dan komersial yang sah di segi undang-undang dan peraturan  yang berkuatkuasa.

  •  Mengekalkan fungsi dan cirri Bandar Seri Begawan sebagai Ibu Negeri Negara Brunei Darussalam dan pusat pentadbiran, pendidikan, perhubungan, perindustrian, kebudayaan dan pusat sukan dan riadah.

 

Peranan

Pencapaian matalamat dan sasaran strategik, pada menuju ke arah satu sistem pengurusan dan pentadbiran cemerlang, yang disebutkan di atas adalah bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi dan individu-individu dalam Lembaga Bandaran dan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, sepertimana yang dituntut dalam Akta Lembaga-Lembaga Bandaran dan lain-lain Aturan. Pencapaian matalamat dan sasaran adalah melalui peranan yang dimainkan dalam:

  • Usaha mengindahkan dan penjagaan kebersihan bandar;

  • Penyediaan kemudahan dan peningkatan perkhidmatan perbandaran;

  • Perancangan dan kawalan pembangunan dalam bandar;

  • Kerjasama dengan institusi dan tokoh perniagaan utama dalam usaha memajukan asas ekonomi Bandar Seri Begawan;

  • Menggalakkan pembinaan semula bangunan persendirian;

  • Menggalakkan kemajuan tanah-tanah persendirian;

  • Memudahkan Proses Permohonan dan Kebenaran Lesen Perniagaan;

  • Menggalakkan pertumbuhan ekonomi dalam sektor-sektor informal yang berdisiplin;

  • Penguatkuasaan Undang-Undang dan Tatacara yang diamalkan.

   
 


|| Pengenalan | Struktur Organisasi | Prinsip | Pentadbiran | Wawasan | Maklumabalas ||

||
Halaman Utama | Kerajaan | Kementerian dan Jabatan | Mengenai Brunei | Berita On-line | Hubungan ||