Text size :
ADVANCEDSEARCH
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan ini sukacita memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telahpun mengurniakan titah perkenan untuk pemberian pengurangan cukai bangunan semasa (tax relief) bagi tahun 2020 kepada pembayar cukai bangunan komersial di bawah kawasan kawalan Lembaga-Lembaga Bandaran.
Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) telah mengadakan Kempen Derma Darah Sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Menjadi Bandar Seri Begawan Kali Ke-55 Tahun Bagi Tahun 2025 pada hari Sabtu, 26 Rabiulakhir 1447 bersamaan 18 Oktober 2025 bermula jam 9.00 pagi – 12.00 tengah hari dan 1.30 petang – 3.30 petang bertempat di Setia Point, Kampong Jaya Setia, Berakas A.Kempen Derma Darah ini merupakan salah satu sumbangan orang ramai dalam terutama sekali warga bandar sama-sama memberikan sokongan dan keprihatinan kepada masyarakat dengan menyumbangkan dan menambahkan simpanan stok darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).Seramai 81 orang penderma darah telah tampil menyertai kempen pada hari ini. Pihak Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan ingin merakamkam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penderma darah yang sudi meluangkan masa untuk menderma demi membantu mereka yang memerlukan. Sumbangan ini amat bermakna dalam memastikan bekalan darah Negara Brunei Darussalam sentiasa mencukupi bagi kegunaan pesakit yang memerlukan rawatan segera.
Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) telah mengadakan Kempen Derma Darah Sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Menjadi Bandar Seri Begawan Kali Ke-55 Tahun Bagi Tahun 2025 pada hari Isnin, 21 Rabiulakhir 1447 bersamaan 13 Oktober 2025 bermula jam 9.00 pagi – 12.00 tengah hari dan 1.30 petang – 3.30 petang bertempat di Dewan Muhibbah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara.Kempen Derma Darah ini merupakan salah satu sumbangan orang ramai dalam terutama sekali warga bandar sama-sama memberikan sokongan dan keprihatinan kepada masyarakat dengan menyumbangkan dan menambahkan simpanan stok darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).
Sebagai tanda kesyukuran dan penghormatan kepada detik bermakna dalam sejarah negara, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, Ratib Al-Attas, Selawat Tafrijiyyah Dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Menjadi Bandar Seri Begawan Kali Ke-55 Tahun Bagi Tahun 2025, pada hari Khamis, 17 Rabiulakhir 1447 bersamaan 09 Oktober 2025, jam 1.30 petang, bertempat di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.Hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis tersebut ialah Yang Mulia, Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.Turut hadir di majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara mewakili daerah-daerah, Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah) KHEDN, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan-Kakitangan KHEDN serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung seluruh Negara, Majlis-Majlis Perundingan Kampung (MPK), Institusi-institusi Pengajian Tinggi, Jawatankuasa Takmir Masjid, Badan-Badan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) yang sama-sama menyemarakkan suasana keagamaan dan memperkukuhkan ukhuwah sesama warga bandar.Majlis ini diadakan dengan tujuan untuk menyemarakkan lagi rasa kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat keamanan dan kemajuan bandar ini.Bandar Brunei secara rasminya telah dinamakan Bandar Seri Begawan pada 4 Oktober 1970, sebagai penghormatan kepada Almarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, yang dikenali sebagai Seri Begawan setelah Baginda turun takhta. Sambutan tahun ini menandakan hari ulang tahun yang ke-55 penukaran nama berkenaan.