Sejarah Jabatan Bandar Seri Begawan

Sejarah Perkembangan

1953 – Semasa pemerintahan gemilang Al-Marhum Sultan Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Bandar Brunei telah bertukar corak dari sebuah bandar kecil kepada sebuah bandar moden.

1959 – Pegawai Daerah Brunei dan Muara dilantik selaku Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan dan ketua Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan oleh British Resident.

1970 – Sebagai mengenang jasa Al-Marhum Sultan Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II dalam memajukan pembangunan Negara Brunei Darussalam dan memodenkan Bandar Brunei maka pada tarikh 4 Oktober 1970 Bandar Brunei ditukar namanya kepada Bandar Seri Begawan. 

1972 – Pelantikan seorang Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan yang juga berperanan sebagai Ketua Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan.

1984 – Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan ditempatkan dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.​​​