Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcement

TAWARAN PENYERTAAN AKTIVITI SEMASA MALAM NOSTALGIA

WhatsApp Image 2024-10-31 at 2.33.13 PM.jpeg

Pemberitahuan Tawaran Berjaja Satay dan Food Truck bagi Acara Malam Nostalgia sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Kepada Bandar Seri Begawan Kali Ke 54 Tahun bagi Tahun 2024.
Bagi memeriahkan lagi Malam Nostalgia berkenaan, sukacita Jabatan Bandaran BSB sedang mempelawa dan membukakan peluang kepada orang ramai yang berminat untuk ikutserta membuat aktiviti Jualan ‘Satay Street’ dan ‘Food Truck’ dengan tidak dikenakan sebarang bayaran yang akan diadakan pada hari Sabtu malam Ahad, 30 November 2024 bertempat di sebahagian Jalan Pretty dan Jalan Elizabeth 2, Bandar Seri Begawan. Untuk makluman sebanyak 20 petak akan disediakan bagi jualan ‘Satay Street’ di Jalan Pretty dan 10 petak bagi Food Truck di Jalan Elizabeth 2 secara ‘First Come First Serve’.
Borang penyertaan bolehlah diperolehi dan dikembalikan bermula 31 Oktober 2024 sehingga 14 November 2024 di Kaunter Penyambut Tetamu Bahagian Pengurusan Aset Komersial, Tingkat 2, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jalan Perdana Menteri.


Attachments
WhatsApp Image 2024-10-31 at 2.33.14 PM (1).jpeg    
WhatsApp Image 2024-10-31 at 2.33.14 PM.jpeg    
WhatsApp Image 2024-10-31 at 2.33.15 PM.jpeg    
Created at 31/10/2024 14:47 by nazriuddin.idris
Last modified at 31/10/2024 15:02 by nazriuddin.idris