Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcement

Kempen Gotong-Royong

WhatsApp Image 2024-12-09 at 11.19.35 AM.jpeg

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui usaha kolaborasi antara Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, dan Unit Pengurusan Estet telah mengadakan kempen gotong-royong sebagai inisiatif Day of Action (Inisiatif Hari Bertindak) bertempat di kawasan perkuburan orang Islam, Tanah Perkuburan Islam Pulau Pandayan Kg Ujong Bukit, di ibu negara pada 07 Disember 2024.
Inisiatif berkenaan membabitkan kerja-kerja pembersihan kawasan perkuburan berkenaan yang melibatkan 30 orang warga kerja jabatan-jabatan dan unit berkenaan. Tujuan kempen pada hari ini diadakan bagi memupuk pemedulian dan rasa kekitaan serta meningkatkan penglibatan warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam aktviti masyarakat. Usaha ini juga turut menyumbang ke arah menyemarakkan sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa yang turut disambut oleh Negara Brunei Darussalam pada setiap 5 Oktober.


Attachments
WhatsApp Image 2024-12-09 at 11.19.33 AM (1).jpeg    
WhatsApp Image 2024-12-09 at 11.19.33 AM.jpeg    
WhatsApp Image 2024-12-09 at 11.19.34 AM (1).jpeg    
WhatsApp Image 2024-12-09 at 11.19.34 AM (2).jpeg    
WhatsApp Image 2024-12-09 at 11.19.34 AM.jpeg    
WhatsApp Image 2024-12-09 at 11.19.35 AM (1).jpeg    
Created at 9/12/2024 11:31 by nazriuddin.idris
Last modified at 9/12/2024 11:31 by nazriuddin.idris