Akta-Akta Di Bawah Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan adalah seperti berikut:-
1. Municipal Board Chapter 57 (Revised Edition 2022) / Akta Lembaga Bandaran Penggal 57 (Pindaan 2022).
2. Beauty and Health Establishments Act Chapter 241 (Revised Edition 2022) / Akta Establismen Kecantikan dan Kesihatan Penggal 241 (Pindaan 2022).
3. Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Pindaan 2021).
4. Public Entertainment, Chapter 181 (Revised Edition 2013) / Akta Hiburan Awam), Penggal 181 (Pindaan 2013).
4.1 PUBLIC ENTERTAINMENT ACT (CHAPTER 181) – Revised 2013: NOTIFICATION OF APPOINTMENT OF LICENSING OFFICERS UNDER SECTION
5. Road Traffic Act (Chapter 68) Road Traffic (Bandar Seri Begawan Municipal Board) (Parking Places) (Amendment) Rules, 2007.
Garispanduan Di Bawah Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan adalah seperti berikut:-
1. Perjanjian Penyewaan Petak di Bangunan Pasar Pelbagai Barangan Gadong.
2. Perjanjian Penyewaan Bangku di Bangunan Pasar Gadong.
3. Perjanjian Penyewaan Bangku dan Kiosk di Kompleks Tamu Kianggeh.
4. Perjanjian Penyewaan Petak Bunga Hidup di Kawasan Letak Kereta Pasar Gadong.
5. Perjanjian Penyewaan Gerai Tamu Selera, Jalan Dato Taib.
6. Perjanjian Penyewaan Bangunan Pasar Terhad.
7. Perjanjian Pengurusan Pengendalian Letak Kereta.
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 FEB – Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan Perintah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil (Pindaan) 2021, yang dikuatkuasakan bermula 29 Disember 2021.
Pindaan tersebut adalah bagi beberapa peruntukan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil (Penggal 30) seperti perubahan nama Akta Kesalahan-kesalahan Kecil; menaikkan kadar hukuman denda dan tempoh hukuman penjara bagi individu yang dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah bagi mana-mana kesalahan di bawah Bab 12 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil (Penggal 30) iaitu bagi kesalahan-kesalahan berkaitan dengan pembuangan sampah di tempat awam.
Perkara tersebut telah diketengahkan oleh Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) KHEDN, Awang Salminan bin Haji Burut, selaku pengerusi Kumpulan Petindak Legal dan Enforcement Jawatankuasa Induk Isu-isu Kebersihan semasa sesi sidang media Negara Bersih, Negara Sihat, Negara Ku bagi Jawatankuasa Induk Isu-isu Kebersihan yang berlangsung di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, hari ini.
Menurutnya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $1,000 dan tidak melebihi $3,000 bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang $3,000 dan tidak melebihi $9,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Manakala, badan-badan korporat yang melakukan kesalahan pertama di bawah bab ini boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $2,000 dan tidak melebihi $10,000 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $10,000 dan tidak melebihi $30,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.