Operasi Sepadu Bersih 01/23 bersama agensi-agensi penguatkuasa Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jabatan Kesihatan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi dan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan telah dilaksanakan di Kawasan Kg Telanai, Kg Bunut dan sekitar Gadong. Hasil tindakan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan dari tempoh 1 Februari 2023 sehingga terkini telah kompaun keseluruh berjumlah $3,300.00 kerana didapati melakukkan kesalahan di bawah Bab 12 Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian Pindaan 2021 (Miscellaneous Offences Act) Penggal 30 kerana membuang sampah di tempat awam dan laluan awam. Dalam Operasi bersepadu berkenaan 12 kenderaan terbiar telah dikenalpasti bagi tujuan untuk dikuatkuasakan melalui Projek Kebangsaan bagi menangani isu kenderaan terbiar atau lebih dikenali sebagi AVNP.
SIARAN AKHBAR OPS SEPADU BERSIH 0123 JBBSB.pdf