Kenyataan Bagi Mendapatkan Sebutharga
Bilangan Rujukan : JBBSB/SH/2023-2024/30/UP/10
Tajuk Sebutharga : Dismantle And Removal Works The Existing Footbridge And Jetty,At Mangrove Area, Taman Jubli Perak, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam
Hari, Tarikh Dan Jam Tutup : Khamis, 31/08/2023,
Jam 2:00 Petang
Keterangan Lanjut Boleh: Unit Pemuliharaan, Bahagian Pemuliharaan Dan Kenderaan Diperolehi Dari Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Di Tingkat 1, Bangunan Pejabat Unit Khidmat Bantu Dan Pemeliharaan Kenderaan,
Spg 594, Jalan Subok, Bandar Seri Begawan.
1. Sebutharga adalah dipelawa daripada Syarikat-Syarikat dan Pembekal-Pembekal yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam menurut Seksyen 16 dan 17 dari akta Nama-Nama Perniagaan (Business Names Act) dan sebutharaa ini hanya layak bagi Syarikat-Syarikat dan Pembekal-Pembekal yang mempunyai kategori kerja bil. (B 01) Kerja-Kerja Bangunan dan Kelas I, II & III.
2. Dokumen Sebutharga dikenakan bayaran sebanyak B$9.00 (Sembilan Ringgit Brunei) dan pembayaran hanya boleh dibuat di Kaunter Pembayaran, Tingkat Tiga (3), Bangunan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jalan Perdana Menteri. Tarikh terakhir bagi mendapatkan dokumen sebutharga berkenaan adalah pada hari Isnin, 28/08/2023 jam 2:00 petang di Kaunter Unit Pemuliharaan, Tingkat 1, Bangunan Blok 1, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jalan Seri Beribi, Negara Brunei Darussalam.
3. Sebutharga dan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan di bawah Seksyen 16 dan 17 yang disebutkan di atas hendaklah dihadapkan dalam sampul surat tertutup dengan menulis disebelah luarnya bilangan rujukan serta tarikh tutup sahaja tanpa menunjukkan sebarang identiti pengirim atau tajuk sebutharga kepada: -
PENGERUSI JAWATANKUASA MENELITI TAWARAN DAN SEBUTHARGA
JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN
4. Sampul surat berkenaan hendaklah dimasukkan ke: -
PETI TAWARAN SEBUTHARGA
TINGKAT 3,
BANGUNAN JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN
JALAN PERDANA MENTERI BA1512
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
5. Jika penender berhajat untuk membatalkan atau tidak ikut serta dalam tawaran ini. Dokumen asal hendaklah dikembalikan dengan tatacara sama seperti para 3 & 4.
6. Dokumen Sebutharga mestilah yang asal dan sebarang dokumen yang dicetak semula tanpa pengetahuan Jawatankuasa Meneliti Tawaran dan Sebutharga akan dibatalkan dari ikut serta dalam tawaran ini.
7. Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan tidak akan terikat untuk menerima sebarang tawaran yang termurah atau seumpamanya.