Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcement

Majlis Ibadah Korban Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Majlis Ibadah Korban (4).png

MAJLIS IBADAH KORBAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA BAGI TAHUN 1445H/2024M

DIKENDALIKAN OLEH JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN

1.     Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Ibadah Korban Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi pada hari Khamis, 13 Zulhijjah 1445H bersamaan 20hb Jun 2024M bertempat di Dewan Serbaguna, Tingkat 6, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Majlis ini dikendalikan oleh Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan.

2.    Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Tetamu Kehormat Majlis telah menyampaikan agihan daging-daging korban kepada yang berhak menerimanya dari kalangan warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya pada tahun ini. Sejumlah seekor kerbau telah dikorbankan pada tahun ini.

3.    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah. Majlis ini juga diserikan dengan tazkirah bertajuk “Kemanisan dalam Pengorbanan" yang disampaikan oleh Yang Mulia, Ustaz Haji Awang Muhammad Najib bin Haji Awang, Pegawai Perkembangan Ugama selaku penceramah jemputan.

 4.    Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan.

5.    Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Attachments
Created at 20/06/2024 16:23 by nadirah.budin
Last modified at 20/06/2024 16:25 by nadirah.budin