Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcement

Majlis Khatam Al-Quran, Ratib Al-Attas, Selawat Tafrijiyyah Dan Doa Kesyukuran

WhatsApp Image 2025-10-14 at 9.42.04 AM.jpegWhatsApp Image 2025-10-14 at 9.43.36 AM.jpeg

Sebagai tanda kesyukuran dan penghormatan kepada detik bermakna dalam sejarah negara, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, Ratib Al-Attas, Selawat Tafrijiyyah Dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Menjadi Bandar Seri Begawan Kali Ke-55 Tahun Bagi Tahun 2025, pada hari Khamis, 17 Rabiulakhir 1447 bersamaan 09 Oktober 2025, jam 1.30 petang, bertempat di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis tersebut ialah Yang Mulia, Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Turut hadir di majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara mewakili daerah-daerah, Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah) KHEDN, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan-Kakitangan KHEDN serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung seluruh Negara, Majlis-Majlis Perundingan Kampung (MPK), Institusi-institusi Pengajian Tinggi, Jawatankuasa Takmir Masjid, Badan-Badan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) yang sama-sama menyemarakkan suasana keagamaan dan memperkukuhkan ukhuwah sesama warga bandar.

Majlis ini diadakan dengan tujuan untuk menyemarakkan lagi rasa kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat keamanan dan kemajuan bandar ini.

Bandar Brunei secara rasminya telah dinamakan Bandar Seri Begawan pada 4 Oktober 1970, sebagai penghormatan kepada Almarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, yang dikenali sebagai Seri Begawan setelah Baginda turun takhta. Sambutan tahun ini menandakan hari ulang tahun yang ke-55 penukaran nama berkenaan.

Attachments
Created at 14/10/2025 09:46 by nazriuddin.idris
Last modified at 14/10/2025 09:46 by nazriuddin.idris