Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) telah mengadakan Kempen Derma Darah Sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Menjadi Bandar Seri Begawan Kali Ke-55 Tahun Bagi Tahun 2025 pada hari Isnin, 21 Rabiulakhir 1447 bersamaan 13 Oktober 2025 bermula jam 9.00 pagi – 12.00 tengah hari dan 1.30 petang – 3.30 petang bertempat di Dewan Muhibbah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara.
Kempen Derma Darah ini merupakan salah satu sumbangan orang ramai dalam terutama sekali warga bandar sama-sama memberikan sokongan dan keprihatinan kepada masyarakat dengan menyumbangkan dan menambahkan simpanan stok darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).