Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcement

Kempen Derma Darah

WhatsApp Image 2025-10-20 at 2.49.30 PM.jpegWhatsApp Image 2025-10-20 at 2.49.30 PM (1).jpeg

Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) telah mengadakan Kempen Derma Darah Sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Menjadi Bandar Seri Begawan Kali Ke-55 Tahun Bagi Tahun 2025 pada hari Sabtu, 26 Rabiulakhir 1447 bersamaan 18 Oktober 2025 bermula jam 9.00 pagi – 12.00 tengah hari dan 1.30 petang – 3.30 petang bertempat di Setia Point, Kampong Jaya Setia, Berakas A.

Kempen Derma Darah ini merupakan salah satu sumbangan orang ramai dalam terutama sekali warga bandar sama-sama memberikan sokongan dan keprihatinan kepada masyarakat dengan menyumbangkan dan menambahkan simpanan stok darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

Seramai 81 orang penderma darah telah tampil menyertai kempen pada hari ini. Pihak Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan ingin merakamkam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penderma darah yang sudi meluangkan masa untuk menderma demi membantu mereka yang memerlukan. Sumbangan ini amat bermakna dalam memastikan bekalan darah Negara Brunei Darussalam sentiasa mencukupi bagi kegunaan pesakit yang memerlukan rawatan segera.

Attachments
Created at 20/10/2025 14:53 by nazriuddin.idris
Last modified at 20/10/2025 14:53 by nazriuddin.idris