PEMINDAHAN UNIT LETAK KERETA
JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN
DARI BANGUNAN PEJABAT PERKHIDMATAN ELEKTRIK,
JALAN ELIZABETH II, BANDAR SERI BEGAWAN
KE BANGUNAN IBU PEJABAT,
JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN,
JALAN PERDANA MENTERI
1. Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan sukacita memaklumkan kepada orang
ramai bahawa Unit Letak Kereta, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan telah
berpindah ke Ibu Pejabat Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jalan Perdana
Menteri pada hari Isnin, 22 Rejab 1444 bersamaan 13 Februari 2023.
2. Sehubungan dengan itu, sebarang urusan pembayaran tuntutan letak kereta
bolehlah dibuat di Kaunter Pembayaran, Tingkat 3, Bahagian Kewangan, Jabatan
Bandaran Bandar Seri Begawan, Jalan Perdana Menteri.
3. Waktu operasi kaunter pada hari Isnin hingga Khamis bermula jam 8.15 pagi
hingga 3.00 petang dan hari Sabtu bermula jam 8.15 pagi hingga 10.30 pagi.