Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcement

Kenyataan Tawaran

Kenyataan Tawaran Jbbsb_sh_2023202402admin.png

1.       Tawaran adalah dipelawa daripada Syarikat-Syarikat yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam.

​2.       Tawaran hendaklah dihadapkan dan dimasukkan dalam sampul surat tertutup. Pada bahagian atas sampul surat hendaklah ditulis Tajuk Tawaran dan Tarikh Tutup Tawaran tanpa menunjukan identiti pengirim.


3.       Tawaran hendaklah juga menyertakan salinan Pendaftaran Syarikat, salinan Sijil Perniagaan (Business Names of Enacment Section 16 & 17) atau List of Directors dan salinan kad pengenalan.

4.       Bayaran menyertai Tawaran ini ialah $9.00 bagi setiap satu Tawaran dan bayaran ini tidak akan dikembalikan kepada Penender-Penender. Bayaran boleh dibayar di:-
 
Kaunter Bahagian Kewangan
Tingkat 3, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan
Jalan Perdana Menteri
Bandar Seri Begawan BA1512
Negara Brunei Darussalam
 

5.       Dokumen Tawaran boleh didapati dari Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jalan Perdana Menteri, bermula pada hari Rabu, 19 April 2023 semasa waktu pejabat dengan menunjukkan salinan resit asal bagi pembayaran Tawaran.

6.       Dokumen Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran dan Sebutharga, Bahagia Kewangan, Tingkat 3, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan dan dialamatkan kepada :-

Pengerusi
Jawatankuasa Meneliti Tawaran dan Sebutharga
Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan
Jalan Perdana Menteri
Bandar Seri Begawan BA1512

Nama Tawaran  :                    Quotation Replacement Defective Parts Of Pump System At Bandaran BSB Department Pump Station Building

Bilangan Tawaran  :             JBBSB/SH/2023-2024/02/ADMIN

Tarikh Tutup Tawaran :       Hari Khamis, 27 April 2023 tidak lewat Jam 2.00 Petang

 7.                   Mana-mana Tawaran yang diterima selepas tarikh tutup tender yang disebutkan di atas tidak akan dilayan.

 8.                   Pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan terikat untuk menerima sebarang Tawaran yang lebih murah atau seumpamanya.

Kenyataan Tawaran Jbbsb_sh_2023202402admin.png

Attachments
Created at 20/04/2023 09:21 by Nadirah Binti Budin
Last modified at 20/04/2023 09:21 by Nadirah Binti Budin