Text size :
ADVANCEDSEARCH
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan ini sukacita memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telahpun mengurniakan titah perkenan untuk pemberian pengurangan cukai bangunan semasa (tax relief) bagi tahun 2020 kepada pembayar cukai bangunan komersial di bawah kawasan kawalan Lembaga-Lembaga Bandaran.
MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KESEDARAN KEBERSIHAN DAN PENANAMAN POKOK, KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
PADA : HARI ISNIN, 24 REJAB 1442 BERSAMAAN 8 MAC 2021
TEMPAT : TAMAN MAHKOTA JUBLI EMAS, BANDAR SERI BEGAWAN
Aturcara latest 1-1.jpg
Dengan hormat sukacita dimaklumkan bahawa mulai Hari Sabtu, 23 Januari 2021 waktu operasi bagi kesemua kaunter pembayaran iaitu di kaunter pembayaran Bahagian Kewangan, Tingkat 3, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan dan kaunter pembayaran di Unit Letak Kereta dan Kompleks Tamu Kianggeh, Aras Bawah Bangunan Elektrik, Jalan Kianggeh telah disegaramkan waktu operasinya.
Majlis Khatam Al-Quran Sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Kepada Bandar Seri Begawan
Kali Ke-50 Bagi Tahun 2020
IBU NEGARA DISEMARAKKAN DENGAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN
BANDAR SERI BEGAWAN
Khamis, 10 Rabiulakhir 1442 bersamaan 26 November 2020
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis Khatam Al-Quran Sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Kepada Bandar Seri Begawan Kali Ke-50 bagi Tahun 2020 bertempat di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.