Menurut pindaan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian Pindaan 2021 (Penggal 30), kadar kompaun bagi mana-mana individu atau badan korporat yang dikeluarkan kompaun bagi kesalahan di bawah Bab 12 atau mana-mana kesalahan adalah seperti berikut:-
i. Bagi individu, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $1,000.00 dan tidak melebihi $3,000.00 bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, boleh dikenakan denda tidak kurang $3,000.00 dan tidak melebihi $9,000.00, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya sekali.
ii. Bagi badan korporat yang melakukan kesalahan pertama di bawah bab ini, boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $2,000.00 dan tidak melebihi $10,000.00. Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $10,000.00 dan tidak melebihi $30,000.00, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.